
Servis lepas jualan sebenarnya sangat penting, kenapa? Sebab kalau peranti berlaku sebarang masalah yang bukan kesilapan diri sendiri, sekurang-kurangnya masih ada servis percuma ditawarkan.
Dalam hal ini pihak Apple memang bagus kerana mereka sentiasa bertindak pantas dalam menyelesaikan masalah. Baru-baru ini Apple telah mengumumkan Program Penggantian Skrin iPhone X secara percuma, di atas sebab terdapat beberapa unit iPhone X mempunyai masalah skrin seperti berikut:
- Tidak memberi respon
- Memberi respon secara tidak tepat apabila disentuh
- Skrin memberi respon tanpa disentuh
Pengguna iPhone X jika menemui masalah di atas, pihak Apple akan menggantikan skrin secara percuma hanya melawati mana-mana pusat servis Apple yang berhampiran. Perlu diingatkan, pastikan salinan data dibuat sebelum menghantar ke pusat servis.
Tambahan lagi, jika iPhone X anda mempunyai sebarang kerosakan yang akan mengganggu proses baik pulih seperti skrin retak, isu ini perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum kerja penggantian skrin dijalankan. Dalam perkara ini, mungkin terdapat kos tambahan yang akan dikenakan.
Sekiranya anda pernah menghantar iPhone X untuk dibaiki atas masalah skrin, anda boleh hubungi pihak Apple untuk menuntut bayaran balik.
Baca Juga:
- Zon Perbandingan : Huawei Mate 20 Pro vs Samsung Galaxy Note 9 vs iPhone XS Max
- OtterBox Perkenal Koleksi Lengkap iPhone Xs, iPhone Xs Max & iPhone XR
- iTworld Membawa iPhone XS, XS Max, XR dan Apple Watch Siri 4 Khusus Peminat Apple

