Laporan DxoMark : Redmi Note 8 Pro Raih Skor Sebanyak 84 Mata!

DxoMark telah mengkaji lebih banyak telefon mid-range sejak kebelakangan ini. Terbaharu, mereka telah muncul dengan Redmi Note 8 Pro. Peranti ini telah dilancarkan tahun lepas sebagai peranti pertama yang dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G90T. Pun begitu, prestasi kameranya dilihat berada di belakang Nokia 7.2 dan Samsung Galaxy A50.

Redmi Note 8 Pro mencatatkan skor sebanyak 87 mata untuk foto dan 78 mata pula untuk video. Kajian mendapati meskipun peranti tersebut dibekalkan dengan kamera resoluti tinggi, namun masih dapat kekurangan terperinci yang halus dalam imej. Ia juga mempunyai julat dinamik yang terhad.

Ia tidak boleh mengambil tangkapan secara terperinci kerana tidak mempunyai kanta telefoto yang khusus. Untuk keupayaan mengubah keadaan cahaya, Redmi Note 8 Pro mempunyai masalah dengan imbangan putih. Ia juga mempunyai fungsi HDR terhad dan tahap terperinci yang rendah dengan noise yang boleh dilihat ketika rakaman dalam resolusi 4K.

You might also like