
MWC 2020: Nantikan vivo APEX 2020 Bakal Muncul Di MWC 2020 Pada 23 Februari Ini!
vivo dikhabarkan bakal muncul dengan pendatang baharu, vivo APEX 2020 di Persidangan Mobile World Congress (MWC) 2020 – dijadualkan pada 23 Februari 2020. Siri APEX cukup terkenal dengan barisan peranti konsep yang memiliki teknologi tersendiri termasuklah bezel lebih nipis, nisbah skrin ke badan yang tinggi, kamera inovatif dan banyak lagi.

Untuk kali ini, APEX 2020 dikhabarkan bakal didatangkan dengan reka bentuk tanpa bezel dan nisbah skrin ke badan yang lebih baik. Peranti ini juga dikatakan bakal menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada paparan dengan binaan skrin melengkung – sama seperti vivo NEX3. Terdapat juga khabar angin mengatakan , ia mungkin muncul dengan rekaan kamera timbul ataupun di bawah skrin.

vivo APEX 2020 juga dijangka memperluaskan lagi kawasan pengecaman cap jari ke seluruh skrin dengan kadar ketetapan yang jitu. Dari segi pengecasan, vivo APEX 2020 mungkin dilengkapi dengan pengecasan magnetik dan pengecasan tanpa wayar. Manakala, untuk enjin dalaman pula ia mungkin dikuasakan oleh chipset terbaru Snapdragon 865.

Sehingga kini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai konsep vivo APEX 2020 yang akan datang. Konferensi Vivo akan berlangsung dari 23 Februari hingga 24 Februari di MWC 2020 di Barcelona. Nantikan!

