
[TERTIRIS] : Adakah Ini Gambaran Reka Bentuk Peranti Boleh Lipat Samsung?!
Selain barisan Samsung Galaxy S10, syarikat tersebut juga dijangka memperkenalkan peranti boleh lipat mereka pada acara Galaxy Unpacked yang dijadualkan pada 21 Februari ini. Sehingga kini, Samsung masih berteka-teki mengenai spesifikasi peranti ini.

Bagaimanapun, kini muncul beberapa imej yang didakwa memberi gambaran sebenar mengenai peranti tersebut. Imej tertiris menunjukkan peranti ini dijangka hadir dalam bentuk seperti buku bersama bingkai yang agak tebal. Turut kelihatan adalah ruangan kamera yang dikelilingi dengan bingkai.

Seperti biasa, maklumat tertiris masih lagi ‘rumors’ semata-mata. Segala-galanya bakal terjawab pada acara pelancaran rasmi Samsung Galaxy S10 kelak! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
____________________________________________________________________
Artikel Berkaitan :

