
Xiaomi Mi 9 SE Kini Turut Rasmi Disertakan Skrin Kecil Dengan Spesifikasi Premium

Jenama telefon pintar yang popular pada ketika ini, Xiaomi kini telah melancarkan 1 lagi peranti baharu iaitu Xiaomi Mi 9 SE.
Apa yang pasti, peranti ini disertakan dengan skrin AMOLED bersaiz 5.97 inci Full HD+ Display. Dari segi ukuran ia adalah 70.5mm x 7.45mm dengan berat hanya 155g.


Bagi spesifikasi dalaman pula, peranti ini turut dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 712. Disertakan dengan 2 varian memori iaitu 6GB + 64GB dan 6GB + 128GB pastinya menjanjikan yang terbaik buat telefon ini. Turut disertakan sekali sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Dari aspek kamera pula ia turut tidak mengecewakan. Peranti ini disertakan dengan tri-kamera yang mana ia disertakan dengan 48MP + 8MP + 13MP dan 20MP bagi kamera swafoto.

Dari aspek ketahanan bateri pula juga boleh tahan. Peranti ini tersedia dengan kapasiti bateri 3070mAh. Ia juga turut disertakan dengan nirwayar pantas 18W, selain sokongan NFC turut dikekalkan pada telefon pintar ini.

Peranti ini bakal dilancarkan di pasaran China pada 1 mac ini namun belum pasti bilakah pelancaran di peringkat global akan berlaku.

- ¥1999 (kira-kira RM1210) bagi versi 6GB + 64GB
- ¥2299 (kira – kira RM1391)bagi versi 6GB + 128GB
__________________________
Baca juga:
- Xiaomi Mi 9 Rasmi – Sokong Snapdragon 855 + Kamera 48MP + Pengimbas Cap…
- Terdedah! Xiaomi Mi 9 Mencapai Skor 107 Dari DxOMark – Berjaya Menduduki Tempat Top…
- Kamera Xiaomi Mi 9 Lebih Power – Kata Lei Jun (Tak Percaya, Tengok Hasil…

