realme Lancar Barisan Produk AIoT – Harga Bermula Dari RM129!!!

realme Malaysia hari ini melancarkan rangkaian peranti Artificial Intelligence of Things (AIoT) terbaharunya yang mana sebanyak enam peranti AIoT dibawa masuk bagi meningkatkan pengalaman ‘Dare to Leap’ buat peminat arus teknologi sebagai satu lagi langkah untuk menjadi jenama AIoT yang paling pantas berkembang di dunia.

realme Watch


Ia dilengkapi dengan Layar Sentuh Warna Besar 1.4″ yang menampilkan visual yang hidup dan digabungkan dengan bingkai bulat untuk memberikan sentuhan yang lancar dan lebih selesa. Jam tangan realme ini dapat memaparkan sehingga enam data penting seperti waktu, tarikh, cuaca, jumlah langkah, kadar denyutan jantung dan kalori. 

realme watch juga dilengkapi dengan pembantu kesihatan yang menyokong Monitor Denyut Jantung Masa Nyata tanpa gangguan selama 24 jam untuk mengukur kadar denyutan jantung pengguna setiap 5 minit dan menghantar penggera degupan jantung sebagai peringatan kepada pengguna untuk sentiasa memperhatikan kesihatan fizikal mereka. Ia juga dapat mengesan tahap oksigen darah pada bila-bila masa kerana ia turut dilengkapi dengan Monitor Tahap Ketepuan Oksigen Darah.

Terdapat sejumlah 14 mod sukan yang disokong oleh jam tangan ini, di mana ia mengenal pasti sama ada pengguna berjalan atau berlari seiring dengan algoritma pengiraan langkah tepat yang menjadikan setiap langkah dikira.

Selain itu, realme watch dapat dihubungkan ke realme Link Smart App untuk membolehkan semua ciri serta mendapatkan akses ke data kesihatan pengguna. Lebih menarik, ia dilengkapi dengan ketahanan air IP68 sehingga pengguna tidak perlu membukanya semasa mencuci tangan.

realme Band 

Bagi realme Band, ia  mempunyai Paparan Warna Besar 0.96” dan mampu menampilkan lebih daripada 65,000 warna. Ia juga dilengkapi dengan paparan sentuh yang membolehkan pengendalian dengan mudah. Selain itu, ia mempunyai ‘Personalized Dial Face’ untuk pengguna memilih dan menukar ke ‘Dial Face’ yang digemari. 

realme Band akan mengukur kadar denyutan jantung pengguna dengan tepat setiap lima minit dengan Monitor Denyut Jantung Masa Nyata. Ia juga dapat menganalisa kualiti tidur pengguna dan menghasilkan laporan yang membantu mereka mengetahui lebih lanjut mengenai corak tidur mereka. realme Band juga mempunyai ciri ‘Idle Alert’ yang secara automatik akan mengingatkan pengguna untuk bergerak atau berjalan-jalan setelah duduk lama.

Ia juga dapat menerima hampir semua pemberitahuan aplikasi dan menunjukkan beberapa ikon yang sesuai untuk melihat kandungan mesej telefon seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan banyak lagi. Anda boleh menyambung ke realme Link Smart App untuk mengaktifkan semua ciri dan menyesuaikan sebarang tetapan.

realme Buds Air Neo


realme Buds Air Neo dilengkapi dengan chipset audio R1 yang disesuaikan berdasarkan Bluetooth 5.0 dengan mod latensi super rendah hanya 119.2ms. Ia hadir dalam pemacu 13mm dengan diafragma komposit pelbagai lapisan LCP yang memberikan pengalaman bass yang kuat semasa menonton filem dan mendengar muzik.

Ia boleh dipadankan dengan telefon pintar secara automatik kerana dilengkapi dengan teknologi Google Fast Pair. Pengguna juga akan mempunyai akses kepada ciri kawalan sentuh hanya dengan mengetuk dua kali untuk bermain / berhenti, tekan tiga kali untuk melangkau ke trek berikutnya, tekan lama untuk mengaktifkan pembantu suara untuk operasi suara atau menamatkan panggilan telefon. Dari segi hayat bateri, real Buds Air Neo dapat mencapai hayat bateri sehingga 17 jam dan 3 jam pemutaran muzik berterusan dalam satu cas. 

realme Buds Q

realme Buds Q mendapat pemutaran muzik sebanyak 20 jam, dengan penggunaan rata-rata 3 jam sehari, dan hanya perlu dicaj seminggu sekali. Terakhir, ia juga menyokong kalis air dan tahan debu IPX4 supaya anda boleh memakainya ketika bersukan tanpa risau.

realme 10000mAh Power Bank 2 & realme 30W Dart Charge Power Bank (10000mAh)

Model ini menyokong caj cepat secara dua arah 18W dan dilengkapi dengan dua port USB: USB-A dan USB-C. USB-C dapat mengisi kuasa ‘power bank’ dengan cepat serta kuasa output untuk mengecas peranti lain. Ia juga boleh mengecas peranti AIoT dengan cepat dan selamat dengan mod arus rendah. Ini dilengkapi dengan sel bateri Lithium-polimer berketumpatan tinggi 10,000 mAh.

realme juga memperkenalkan realme 30W Dart Charge Power Bank (10000mAh) untuk pengguna yang berminat dengan kelajuan pengecasan yang lebih pantas. Model ini dapat mengecas pelbagai peranti pada masa yang sama dan juga dilengkapi dengan sel bateri Lithium-polimer berketumpatan tinggi 10,000 mAh. Ia mempunyai 15 lapisan perlindungan litar yang memberikan kepadatan kuasa yang lebih besar dan prestasi yang lebih selamat.

Ada sesuatu yang lebih mengejutkan, apabila realme bakal melaksanakan Flash sale!! Berikut adalah harga yang menarik!!!

You might also like