Samsung Umum Galaxy A70 Kini Tersedia Di Pasaran Malaysia!!!

Jenama peranti pintar terkemuka dunia, Samsung hari ini mengumumkan bahawa model terbaharu keluarannya Galaxy A70 kini sudah tersedia di Malaysia.

Galaxy A70 ini kini boleh dibeli di ke semua Samsung Experience stores dan pengedar Samsung yang sah di seluruh Malaysia dan dijual pada harga RM1999.

Spesifikasi Galaxy A70 pastinya tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan paparan skrin bersaiz 6.7 inci Infinity-U display. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 675, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Jadi tidak hairanlah prestasinya di tahap yang sangat baik.

Dari aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila disertakan dengan 3 kamera 32MP + 8MP + 5MP sementara bagi kamera hadapan pula ia dilengkapi dengan 32MP. Kapasiti baterinya juga adalah sangat besar apabila disertakan dengan 4500mAh.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang Samsung.

 

You might also like