
Menurut laporan yang dibuat sebelum ini, Xiaomi Mi 9T Pro akan dilancarkan di Eropah hari ini dan di Taiwan pada 22 Ogos. Terkini Xiaomi Malaysia telah memuat naik gambar acah di Twitter mereka dengan berita yang dinanti-nantikan oleh peminat Xiaomi.
Xiaomi Mi 9T Pro yang dijangka hadir dengan skrin 6.39 inci AMOLED FHD+ akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Peranti ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 855, 8GB RAM serta kapasiti bateri 4,000mAh.
Walaunpun tarikh umum masih tidak diketahui lagi, namun boleh dipercayai akan diumumkan dalam masa terdekat ini.
[ Reviu Eksklusif : Xiaomi Mi 9T, Reka Bentuk Hebat Serlah Prestasi Mantap ]
_____________________
Artikel Berkaitan:
- [ Zon Perbandingan]: Samsung Galaxy A80 / HUAWEI Nova 5 / Xiaomi Mi 9T
- Xiaomi Mi 9T (6GB + 128GB) Kini Boleh Didapati Di Mi Store Yang Sah…
- Xiaomi Mi 9T Kini Sudah Rasmi, Dijual Pada Harga Bermula Dari RM1199

