
Lenovo dan Intel sekali lagi menganjurkan pertandingan eSports Legion of Champions Series IV 2019 (LoC), yang membawakan lebih banyak bakat pemain dari seluruh Asia Pasifik termasuk Australia dan New Zealand yang buat pertama kali dalam LoC bagi pertandingan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).
Penyertaan kini dibuka dan apa yang lebih menarik lagi, pertandingan khas untuk pemain wanita berbakat dalam Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) turut diadakan, so inilah peluang keemasan anda. LoC mengumumkan penyertaan terbuka untuk pasukan wanita amatur dan profesional dalam pertandingan pertama keseluruhan wanita CS:GO, Legion of Valkyries (LoV).
Bagi mereka yang berminat, ikuti langkah berikut:
- Layari Rise of Legion
- Pilih “Malaysia” di bahagian Market
- Klik pertandingan “LOC IV: PUBG MALAYSIA QUALIFIER” atau “LOV: CS:GO MALAYSIA QUALIFIER“
Grand Finals akan berlangsung di Pantip Mall, Bangkok pada 12 ~ 14 Disember 2019, pasukan yang layak ke pertandingan akhir akan berebut hadiah bernilai wang terkumpul RM370,000.
Pemenang untuk kategori PUBG juga bakal menerima hadiah peranti Legion berjumlah RM16,792 dan RM41,981, manakala pemenang untuk CS:GO akan menerima hadiah peranti Legion bernilai RM20,990 dan RM52,476.
Kalau berminat jangan tunggu lagi! Sertai SEKARANG!

