Xiaomi Mi 9T (6GB + 128GB) Kini Boleh Didapati Di Mi Store Yang Sah Di Seluruh Malaysia Pada Harga RM1399

Peminat Xiaomi pastinya teruja apabila anda anda boleh membeli peranti Mi 9T (6GB + 128GB) di Mi Store yang sah di seluruh Malaysia bermula esok pada harga RM1399.

Xiaomi Mi 9T ini tampil dengan skrin bersaiz 6.39 inci Full HD+ AMOLED Display yang mana ia disertakan dengan pengimbas cap jari pada skrin.

Peranti ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 730 dan dihadirkan dengan 6GB RAM + 64GB / 128GB ROM.

Aspek kamera pastinya menakjubkan apabila ia hadir dengan sistem 3 kamera 48MP + 13MP + 8MP bagi bahagian belakang dan 20MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri juga sangat baik apabila ia hadir dengan 4000mAh (USB-C).

Tunggu apa lagi, boleh dapatkan mulai esok !!!

You might also like