Samsung Gear S3, Evolusi Gaya Dan Teknologi

1Akhir-akhir ini, pengguna tidak lagi melihat smartwatch sebagai peranti pintar semata-mata, tetapi ianya telah menjadi satu dari aksesori pelbagai guna. Perubahan dari sudut pandang pengguna dibawa ke meja perbincangan Samsung di mana mereka mengkaji semula konsep smartwatch mereka bagi memastikan siri produk Gear mereka kekal relevan dalam pasaran pengguna.

gear-s3-frontier_front
Gear S3 Frontier
gear-s3-frontier_perspective-r
Gear S3 Frontier

Misi Samsung melalui Gear S3 adalah sebuah peranti yang mampu menambat hati pengguna smartwatch sedia ada dan juga peminat jam analog. Jurang perbezaan di antara smartwatch dan jam analog cuba dirapatkan pada model ini di samping memberikan sesuatu yang segar dan hebat dari segi teknologi.

Gear S3 Frontier
Gear S3 Frontier
Gear S3 Classic
Gear S3 Classic

Keluli tahan karat 316L, bahan yang biasa digunakan untuk penghasilan jam tangan telah dipilih untuk Gear S3. Ia memberikan keteguhan dan ketahanan kepada keseluruhan badan Gear S3, sama seperti jam tangan analog yang pengguna minati sejak sekian lama. Circular UX, yang pertama kali diperkenalkan pada Gear S2 juga dibawa semula ke model terbaru bagi mengekalkan estetik rekaan jam analog.

gear-s3-classic_front
Gear S3 Classic
gear-s3-classic_perspective-l
Gear S3 Classic

Variasi pertama model terbaru, Gear S3 Frontier, dibina bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti luar yang lasak. Tidak kira jika anda sedang bersukan ataupun beriadah, Gear S3 Frontier mampu menjadi peneman aktiviti yang boleh diharapkan. Gear S3 Classic pula sesuai bagi yang menghargai fungsi dan praktikal. Reka bentuk yang lebih elegan sesuai dipakai secara kasual dan juga dikenakan pada majlis rasmi.

Samsung Gear S3 Frontier dan Gear S3 Classic kini telah berada di pasaran Malaysia dengan harga tawaran RM 1,399.

https://www.youtube.com/watch?v=8OaKieADb9M

You might also like