Amazon nak masuk Malaysia?!

Amazon merupakan salah satu syarikat terbesar jualan atas talian dari Seatle, Amerika Syarikat, kini syarikat ini akan masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini turut dikongsi oleh rakan niaga Amazon sendiri iaitu iPRICE Group Malaysia.

Laman sesawang rasmi Amazon.my akan beroperasi di Malaysia pada lewat tahun ini. Bagi pembeli belah tegar atas talian mereka boleh menempah barangan dari dalam atau luar negara dengan penghantaran dalam masa sehari waktu bekerja dan tidak perlu lagi menunggu lama.

Usaha baru Amazon dengan iPrice Group ini akan mengembangkan lagi pasaran mereka ke tujuh negara Asia Tenggara yang lain, ini merupakan satu langkah baik untuk memenuhi kehendak pengguna serata dunia. Untuk keterangan lanjut iPrice akan mengumumkan pada majlis kemuncak tahunan AWS pada 18 April 2017 nanti di One World Hotel.

 

You might also like