

Inginkan panggung wayang di rumah? Sony Malaysia telah melancarkan dua bar bunyi yang mampu mensimulasikan bunyi daripada sistem speaker 7.1 dalam sebuah sistem yang amat kompak. Dua bar bunyi yang dimaksudkan adalah Sony HT-Z9F dan juga HT-X9000F.
Kedua-dua bar bunyi ini menjanjikan persekitaran audio sinematik yang sangat mengagumkan dengan bantuan teknologi Vertical Surround Engine yang dibangunkan secara eksklusif oleh Sony dalam menawarkan efek bunyi keliling tiga dimensi. Sokongan ciri 4K HDR dan Dolby Vision turut memastikan kedua-dua bar ini untuk mengekalkan kualiti gambar.
Sony HT-Z9F adalah model yang lebih premium dan hadir dalam konfigurasi 3.1. Ia memiliki jumlah output setinggi 400W dengan aplifier daripada jenis S-Master HX. Ia dipenuhi ciri-ciri tambahan seperti WiFi, Bluetooth, HDMI Input/Output serta Chromecast.

Manakala HT-X9000F pula adalah versi bajet yang mana bar bunyi ini hadir dengan konfigurasi 2.1 dan memilki jumlah output 300W. Untuk ciri tambahan, ia hanya ada sambungan Bluetooth dan satu port HDMI.
Kepada yang berminat, kedua-dua soundbar ini boleh dibeli dengan harga RM2,829.25 (HT-Z9F) dan RM2074.53 (HT-X9000F).

