
Kos Pengeluaran Samsung Galaxy S21 Ultra Lebih Murah Berbanding Galaxy S20 Ultra 5G?
Mesti korang terkejut apabila menurut data daripada Counterpoint Reserach menyatakan bahawa kos pengeluaran Samsung Galaxy S21 Ultra adalah lebih murah sebanyak 7% berbanding model Galaxy S20 Ultra 5G.

Dikatakan ia disebabkan oleh pengguana cip Exynos 2100 yang membantu dalam mengurangkan kos pengeluaran.
Hal ini dapat dibuktikan menerusi harga ketika ia dirasmikan apabila S21 Dijual pada harga US$1199 manakala ketika S20 Ultra 5G dilancarkan, ia dijual pada harga US$1399.