EKSKLUSIF! Sekitar Pelancaran Lenovo TheaterMax

未命名_meitu_02Sebuah majlis pelancaran eksklusif anjuran Lenovo telah berlangsung dan sidang editor eRing berada di lokasi untuk melaporkan berita tersebut kepada anda. Ruang legar majlis menunjukkan sedikit petunjuk apa yang bakal menyusul sepanjang majlis tersebut. Terdapat beberapa hiasan virtual seperti panorama pantai, gerabak kereta api dan pelbagai lagi yang membuatkan editor sedikit teruja dengan majlis tersebut. Mari ketahui dengan lebih lanjut tentang teknologi TheaterMax yang menjadi salah satu tumpuan dalam majlis pelancaran ini!

2.1TheaterMax merupakan teknologi paparan VR yang buat pertama kali dibawakan oleh Lenovo di dalam pasaran smartphone. Melalui teknologi ini, Lenovo memberikan akses yang lebih mudah dan pantas kepada pengguna dalam menikmati video VR yang imersif, anda hanya perlu menghidupkan fungsi paparan VR pada VIBE X3 dan K4 Note, selepas itu paparan peranti akan bertukar kepada mod split screen. Apabila fungsi ini diaktifkan, video format biasa boleh dinikmati dengan lebih imersif, ala-ala 3D!

Cara mengaktifkan fungsi TheaterMax / split screen :

1. Pergi ke paparan “setting” dan klik pada “feature”.
1. Pergi ke paparan “setting” dan klik pada “feature”.
未命名_meitu_0
2. Aktifkan fungsi “VR Glasses Split Screen Mode Switch”.
3. Tekan butang kuasa sehingga keluar paparan seperti di dalam gambar dan klik “VR Glasses Split Screen Mode”.
3. Tekan butang kuasa sehingga keluar paparan seperti di dalam gambar dan klik “VR Glasses Split Screen Mode”.

Untuk menikmati tontonan video VR, Lenovo juga memperkenalkan sebuah peranti yang dikenali sebagai ANTVR yang dibangunkan sebuah syarikat dari projek Kickstarter. Ia mempunyai lensa segi empat yang besar, lantas memberikan kepuasan ketika menonton video. Ia juga dilengkapi span lembut bagi memastikan pemakai berasa selesa walaupun menonton untuk tempoh yang lama. Sebaik sahaja mengaktifkan fungsi VR Glasses Split Screen Mode, anda boleh meletakkan smartphone pada slot pemegang di bahagian hadapan.

未命名_meitu_04 Bacaan lanjut mengenai pelancaran Lenovo VIBE X3 & K4 Note

 

You might also like