
Samsung Galaxy A50 Catat Skor 83 Markah Oleh DXOMark, Pamer keupayaan Mengagumkan Bagi Kelasnya
Ini pastinya suatu berita yang bakal menarik minat anda. Peranti terbaharu Samsung iaitu Galaxy A50 telah mencatatkan skor sebanyak 83 markah. Pemarkahan ini diberikan oleh laman DXOMark yang melihat dari beberapa aspek.
Lebih menarik menerusi catatan skor tersebut, ia telah mengalahkan beberapa peranti popular lain seperti iPhone 6 yang mencatat 73 markah.
Peranti kelas pertengahan ini meraih 79 markah untuk keupayaan videografi dan 85 markah bagi fotografi. Hasil gambar yang sangat jelas dan terang ini memberikan kelebihan buat peranti ini.
Antara peranti lain yang berada di dalam senarai adalah LG V30, Motorola Z2 Force, Samsung Galaxy S6 dan banyak lagi.