Infinix Perkenalkan Zero 5 Dengan Fungsi Dwi Kamera

Infinix baru sahaja melancarkan Zero 5 ke pasaran global. India adalah negara pertama yang mula menawarkan telefon pintar dwi kamera pertama dari Infinix ini.

Infinix Zero 5 hadir dengan kerangka bodi logam yang dipadankan dengan panel Corning Gorilla Glass di depan. Ia menggunakan paparan 5.98 inci dengan resolusi 1920 x 1080p HD penuh. Kuasa dalaman dikuatkan dengan cip pemproses MediaTek Helio P25 MT6757 dengan RAM sebesar 6GB serta storan 64GB yang menyokong kad microSD.

Kamera utama dibekalkan dengan gabungan sensor 12 Megapiksel f/2.0 dan 13 Megapiksel f/2.6 turut menyokong 2x zum optikal. Sementara, kamera depan menerima 16 Megapiksel f/2.0 dibantu LED flash.

Zero 5 dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,350mAh turut menjana antaramuka Infinix’ XOS serta Android 7.0 Nougat. Ciri lain seperti pengimbas cap jari, sambungan USB Type-C, dwi slot SIM, dan pengecasan pantas melengkapkan lagi fungsi Infinix Zero 5.

Peranti ini dijual dengan tanda harga INR17,999 (kira-kira RM1,153) untuk varian 64GB. Untuk varian teratas 128GB ia dijual pada harga INR19,999 (kira-kira RM1,281) seunit. Ia didatangkan dengan pilihan warna hitam, emas, merah manakala varian 128GB hadir dengan kemasan gangsa, emas, dan hitam.

Setakat ini, Infinix Malaysia masih belum mengumumkan ketersedian peranti ini untuk pasaran tempatan.

You might also like