
The Witcher 3: Wild Hunt Complete Edition Bakal Dilancarkan Pada 15 Oktober Ini!!!
Ini satu berita gembira buat peminat game apabila ketika acara pembukaan Gamescom 2019 satu pengumuman dilakukan yang mana The Witcher 3: Wild Hunt Complete Edition di konsol Switch akan dilancarkan pada 15 Oktober 2019.
CD Projekt Red yang menyatakan bahawa mereka akan menyertakan edisi lengkap permainan ini dan disertakan di kesemua DLC yang dilancar sebelum ini.
The Witcher 3: Wild Hunt adalah cerita yang didorong, pengembaraan dunia terbuka yang ditetapkan dalam alam semesta fantasi gelap. Edisi lengkap mengandungi kandungan yang boleh dimuat turun untuk permainan ini, termasuklah 2 pengembangan cerita besar iaitu Heart of stones dan blood and wine.
Permainan ini telah dilancarkan bagi Xbox One, PC dan Playstation pada 2015. Jadi sama-sama kita nantikan pelancaran bagi konsol Switch tidak lama lagi.
_______________________
Artikel Berkaitan:

