

Xiaomi baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya Xiaomi Mi 9T di Malaysia yang mana ia bakal dijual pada harga RM1199 bagi varian 6GB RAM + 64GB ROM. Manakala bagi 6GB RAM + 128GB ROM, ia dijual pada harga RM1399. Ia bakal dijual bermula dari 25 Jun 2019 di Lazada.
Menariknya, pra-tempahan bagi varian 6GB + 64GB boleh dilakukan mulai 20 hingga 24 Jun di Lazada pada harga RM1099.

Menariknya, peranti ini tampil dengan sistem operasi MIUI 10 dan dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon yang menjanjikan prestasi yang menakjubkan buat pengguna. Ditambah dengan aspek memori yang menarik iaitu 6GB RAM + 64GB ROM / 6GB RAM + 128GB ROM, pasti menjadikan pengalaman menggunakan peranti ini tidak boleh dilupakan.
Peranti ini turut dihadirkan dengan saiz skrin sebesar 6.39 inci AMOLED FHD+ (1080 x 2340) tanpa sebarang gangguan notch atau kamera pada skrin kerana ia dihadirkan dengan kamea hadapan yang tersebunyi. Jadi, anda akan mendapat kepuasan paparan.

Dari aspek kamera pula turut tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 48MP + 13MP + 8MP bagi kamera belakang dan 20MP bagi kamera hadapan. Jadi anda tidak perlu bimbang kerana hasil kamera peranti ini pastinya tidak mengecewakan.
Dalam pada itu, ia turut disertakan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu sebesar 4000mAh dan menggunakan USB-C. Dari ciri keselamatan pula, ia tampil dengan pengimbas caj jari pada skrin dan pengecaman wajah.

Tampil dengan 3 warna iaitu Gracier Blue, Red Flame dan Carbon Black pastinya mampu menarik perhatian anda.

