Reviu Eksklusif: HONOR Magic Earbuds Murah & Menakjubkan!! – Kualiti Audio Yang Mempersona!!

Headphone tanpa wayar kini sudah menjadi trend bagi peminat telefon pintar. Ia sudah menjadi seperti keperluan bagi pengguna sama ada nak guna untuk mendengar lagu atau menjawab telefon. Justeru, HONOR Magic Earbud ini pasti dapat melaksanakan kerperluan yang anda inginkan. Tapi bagus ker? jom kite tengok!

Rupa Paras Memang Onz!

Jika dilihat dari segi rekaan, ia tampil dengan rekaan kompak dengan reka bentuk “taperred” pasti sangat sesuai buat telinga pemain. Jadi pemain akan selesa memakainya tanpa ada rasa sakit atau ketidakselesaan ketika menggunakannya.

Korang risau saiz telingan berbeza? Jangan risau sebab ia dihadirkan dengan 3 saiz penyumbat telah di dalam kotak.

Bekas simpanan ini juga bertindak sebagai medium pengecasan dan ia hadir dengan daya magnet. Jadi ia tidak akan mudah jatuh dan mudah juga untuk di cas. Keseluruhannya, ia sangat ringan dan mudah untuk di bawa ke mana sahaja! Jom tengok rekaan keseluruhan!

Cara Menyambung Dengan Telefon Anda!

Pertama, biarkan HONOR Magic Earbuds tinggal di kotak simpanan terlebih dahulu, dan kemudian tekan lama butang di bahagian belakang kotak penyimpanan selama kira-kira dua saat, lampu penunjuk pengecasan pada alat dengar akan menjadi putih dan berkelip, menunjukkan bahawa ia sedang mencari titik sambungan Bluetooth.

Seterusnya, hidupkan sambungan Bluetooth telefon bimbit. Satu ciri yang baik di sini ialah jika anda menggunakan telefon bimbit EMUI 10.0 atau ke atas, selama alat dengar dicari, tetingkap sambungan akan muncul secara automatik di skrin utama, klik [Sambungkan] secara langsung Kemudian anda boleh berhubung dengan alat dengar dengan cepat.

Menariknya, jika anda memilih “SET UP”, anda juga dapat menetapkan tujuan alat dengar dan melihat perincian kemas kini.

Cara Nak Kawal Pun Senang!

Badan HONOR Magic Earbuds dilengkapi dengan sensor sentuh, yang dapat mengawal muzik, panggilan dan pengurangan bunyi dengan sensitif dengan sentuhan ringan, memberikan pengalaman operasi yang lebih mudah kepada pemain. Di samping itu, reka bentuk badan dilengkapi dengan anti-mistouch algorithm. BKaedah kawalan alat dengar sangat mudah, pada dasarnya hanya ada dua:

• Klik dua kali telinga kiri dan kanan: mainkan / pause muzik, jawab / tamatkan panggilan
• Tekan lama di telinga kiri dan kanan: hidupkan / matikan pengurangan bunyi

Active Noice Reduction!

Fungsi terhebat pada HONOR Magic Earbuds ini adalah dual active noise reduction. Peranti ini dihadirkan dengan 3 mikrofon yang mana ia mampu mengurangkan bunyi di kawasan sekeliling. Tanhap pengurangan ini boleh mencapai sehingga 32dB.

Dengan saiz 10mm dynamic coil yang terbina, ia dapat menghasilkan bunyi yang lebih mendalam dan sangat sedap. Jadi pengguna boleh layan muzik dengan asyik!

Bateri Tahan lama!

Bateri juga tahan lama apabila ia mampu bertahan sehingga 2.5 jam ketika bercakap di telefon dan 3.5 jam ketika memainkan muzik tanpa henti. Jika noise reduction di hidupkan, ia mampu bertahan sehingga 2 jam sekiranya membuat panggilan dan 3 jam jika memainkan muzik. Jika disimpan di dalam bekasnya, ia mampu bertahan sehingga 12 jam.

Apa Kata Editor

Secara keseluruhannya, ia mencapai piawaian keasyikan mendengan menerusi HONOR Magic Earbuds. Rekaan yang cun dan selesa serta fungsi yang menarik khususnya Noise Redduction, pasti membuatkan anda seronok untuk mendengan lagu menerusi HONOR Magic Earbuds!

You might also like