
Kamera Xiaomi Mi 9 Lebih Power – Kata Lei Jun (Tak Percaya, Tengok Hasil Gambar ya~)
Topik hangat bulan ini selain Samsung Unpacked pada 21 Februari (waktu tempatan 3 pagi), termasuk juga pelancaran Xiaomi Mi 9 yang sempat berjumpa peminatnya sehari lebih awal berbanding Samsung iaitu pada 20 Februari (jam 2 petang) ini.
[ Spesifikasi Lengkap Siri Samsung Galaxy S10 Tertiris! ]
Mi 9 yang diklasifikasikan sebagai peranti hebat ini tampil dengan teknologi berkuasa tinggi, antaranya cip pemproses Snapdragon 855, paparan Samsung AMOLED dengan sokongan Corning Gorilla Glass 6, dan pengimbas cap jari dalam skrin.
Ciri-ciri menarik seperti Sunlight Mode 2.0 yang berfungsi di bawah cahaya matahari terang, Reading Mode 2.0 yang mampu mengoptimasikan kecerahan skrin berdasarkan cahaya di sekeliling turut ditawarkan.
Menurut Lei Jun, presiden Xiaomi berkata kamera Mi 9 sangat hebat dan berkuasa. Ia mempunyai sokongan tri-kamera dengan lensa 48MP + 12MP Telefoto + 16MP Ultra Wide-angle di bawah aperture f/1.7 + f/2.2 + f/2.2, selain itu kamera ultra wide-angle juga mampu mengambil gambar makro 4cm dari objek.

[ Hasil Gambar Terdedah! Xiaomi Mi 9 Sah Menjana Kamera 48MP + Sokongan 4cm Makro ]
Semalam kami ada berkongsi sedikit hasil gambar rasmi dari kamera Mi 9, terkini terdapat beberapa hasil gambar lagi dikongsikan oleh Encik Steven di Weibo. Jom kita semak…

________________________
Artikel Berkaitan:
- Xiaomi Mi 9 Transparent Edition Bakal Hadir Dengan Ketersedian RAM Sehingga 12GB
- Pendedahan Ujian Benchmark Xiaomi Mi 9 – Mendahului Kirin 980 Sebanyak 26%!

