Hasil Gambar Terdedah! Xiaomi Mi 9 Sah Menjana Kamera 48MP + Sokongan 4cm Makro

Spesifikasi lengkap Xiaomi Mi 9 boleh dikatakan telah terdedah secara berperingkat oleh Xiaomi sendiri, setelah prestasi Snapdragon 855 dengan skor Antutu yang paling tinggi dikongsikan kini giliran kamera pula.

[ Pendedahan Ujian Benchmark Xiaomi Mi 9 – Mendahului Kirin 980 Sebanyak 26%! ]

Sokongan tri-kamera utama adalah gabungan 48MP + 12MP + 16MP (f/1.7 + f/2.2 + f/2/2), masing-masing berperanan sebagai rakaman gambar beresolusi tinggi, kamera telefoto yang menyokong zum optikal 2x dan kamera sudut luas 117 darjah.

Apa yang menarik lagi, kamera 16MP ini juga menawarkan sokongan makro 4cm membolehkan anda mengambil gambar close-up yang lebih jitu dan jelas tanpa menjejas kualiti gambar.

Setakat ini kuasa Xiaomi Mi 9 tidak boleh disangkal lagi, sekaligus menjadikan pelancaran pada 20 Februari ini lebih meriah selain siri Samsung Galaxy S10 yang juga jatuh pada keesokan hari (waktu tempatan 3am).

via GIPHY

_______________________________

Baca Juga:

 

 

You might also like