HUAWEI P Smart Z Diperkenal – Rekaan Kamera Pop Up + Bateri Berkapasiti 4,000 mAh

828
- Iklan -

HUAWEI P Smart Z telah pun diperkenalkan secara rasmi. Model ini hadir dengan sokongan kamera swafoto pop-up sekaligus menjadikannya peranti pertana HUAWEI yang menyokong rekaan berkenaan.

HUAWEI P Smart Z membawakan paparan berukuran 6.59 inci dengan resolusi 2340×1080 pixel. Peranti ini dijana oleh cipset Kirin 710F bersama penawaran memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini dilengkapi dwi kamera utama 16MP + 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Melengkapinya juga, bateri 4,000 mAh. HUAWEI P Smart Z ditawarkan di pasaran Eropah pada harga 239 Euro (kira-kira : RM1,296). Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan model ini untuk pasaran tempatan.

[SUMBER]