Terowong OLED Terbesar Dunia Menyapa Pengunjung IFA 2016

LG_OLED Tunnel 2LG Electronics menyambut kedatangan pengunjung ke ruang pameran mereka di IFA 2016 dengan sebuah laluan terowong yang membuatkan sesiapa sahaja terpaku dan terpegun. Sebanyak 216 paparan melengkung OLED dibina gah membentuk sebuah laluan terowong dengan ketinggian 5 meter, 7.4 meter lebar dan 15 meter panjang laluan.

Di dalam laluan tersebut, pengunjung dikelilingi 447,897,600 piksel membawa mereka jauh dari realiti. Imej terkenal Iceland Aurora Borealis, ekosistem hidupan laut dan ruang angkasa lepas jelas tampak nyata dan imersif, lebih-lebih lagi apabila pengunjung dapat menikmatinya dari semua arah.

LG_OLED Tunnel 3Kehebatan terowong ini dicapai menggunakan paparan OLED yang super nipis, fleksibel dan ringan. Paparan yang digunakan ini boleh dilentur dengan mudah tanpa menjejaskan kualiti paparan, menunjukkan sejauh mana teknologi OLED ini mampu pergi pada masa hadapan.

https://www.youtube.com/watch?v=xii0-VJ_mOg

You might also like