
Xiaomi Bakal Perkenalkan Produk Baru Pada 27 September 2016
Xiaomi nampaknya semakin rancak memperkenalkan produk baru hampir setiap bulan. Selepas pelancaran rasmi Xiaomi Mi Max dan Xiaomi Redmi 3S di pasaran tempatan, syarikat popular daripada negara China ini bakal mempamerkan produk terbaru mereka pada 27 September 2016.
Melalui teaser yang dikeluarkan, Xiaomi memperlihatkan huruf ‘S’ sahaja, tetapi ramai meneka kemungkinan besar peranti Xiaomi Mi 5S bakal diperkenalkan. Sebelum ini, terdapat desas desus yang mengatakan Mi 5S akan hadir dengan beberapa kemaskini, termasuk kemungkinan besar menyokong dua kamera utama yang semakin menjadi tren masa kini.
Pada acara sama, Xiaomi dijangka akan memperkenalkan beberapa lagi produk baru. Adakah kemaskini dari siri ‘Mi Note’ juga hadir pada acara tersebut? Sama-sama kita nantikan 27 September 2016 ini.

