Tetamu Misteri! Siapa Akan Hadir Ke Pelancaran Samsung Galaxy S9/S9+?!

Pelancaran rasmi pada 15 Mac 2018 nanti

Seperti mana yang anda semua tahu, peranti terbaru dari Samsung iaitu Galay S9 dan S9+ sudah menerima pra-tempah pada Khamis 1 Mac hingga 4 Mac 2018 yang lalu. Kami pun telah dijemput untuk merasai terlebih dahulu peranti ini, yang berminat kena tunggu la reviu eksklusif kami ya~

Dapat tak teka apa maksud 5 emoji ini?

Okay, hari ini kami telah menerima jemputan rasmi dari pihak Samsung Malaysia untuk pelancaran yang bakal diadakan pada 15 Mac 2018 ini. Satu berita yang lebih mengejutkan peminat Samsung adalah, seorang tetamu misteri dari Korea yang terkenal akan menghadiri pelancaran tersebut!

Nampaknya peminat K-drama sudah dapat teka siapa tetamu misteri ini. Adakah betul?

Status di Facebook Samsung Malaysia “Calling K-Drama fans! Guess the emoji?” dengan gambar emoji ini terus menjadi perbualan peminat K-Drama! Siapa tetamu misteri itu?! Nantikan laporan kami nanti.

Adakah betul Park Bogum menjadi tetamu misteri kali ini selepas Lee Kwang-soo dan Song ji-hyo

Berkenaan harga, Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan dijual pada harga:

  • Galaxy S9 (64GB) – RM3,299
  • Galaxy S9 (128GB) – RM3,799
  • Galaxy S9+ (128GB) – RM3,999
  • Galaxy S9+ (256GB) – RM4,399

 

 

You might also like