vivo & Maxis Menawarkan vivo Y65 Serendah RM1!

Kepada peminat vivo dan pelanggan Maxis, kini anda boleh membeli vivo Y65 serendah RM1 melalui pelan MaxisONE (asal RM699). Untuk mendapatkan telefon pintar ini, pelanggan hanya perlu melanggan pelan MaxisONE 128 dan ke atas. Jika memilih pelan MaxisONE 98, pelanggan perlu membayar sebanyak RM119.

vivo Y65 hadir dengan skrin berukuran 5.5 inci HD dengan resolusi paparan 1280 x 720 piksel. Dioperasikan oleh Android 7.1, ia turut dijana oleh bateri sebesar 3,000mAh dan cip pemproses Qualcomm Snapdragon Quad Core 1.4GHz.

Dibantu pula dengan memori RAM 3GB dan storan 16GB, vivo Y65 telah dibekalkan dengan kamera utama 13 Megapiksel f/2.2 dan 5 Megapiksel f/2.2 di bahagian depan.

You might also like