
Kini, peranti yang yang dinantikan telah tiba di Malaysia iaitu OPPO Reno4 dan OPPO Reno 4 Pro kini telah tiba di Malaysia!!!

Kedua-dua peranti ini dilihat mempunyai beberapa persamaan antaranya adalah hadir dengan pemproses Snapdragon 720G. Kamera juga tidak banyak beza apabila ia disertakan dengan sistem 4 kamera yang manakamera utama adalah 48MP. Kamera hadapan pula adalah 32MP. RAM juga sama apabila ia dihadirkan dengan 8GB.
Perbezaaan kedua-dua peranti ini dapat dilihat menerusi saiz skrin 6.55″ dan dipadankan dengan kadar segar se semula bagi Reno4 Pro. Bagi Reno4 pula, ia tampil dengan 6.43″.

Dari aspek bateri pula, Reno4 Pro hadir dengan bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas SupervOOC 2.0 65W manakala bagi Reno4, ia tampil dengan 4015mAh dengan pengecasan VOOC 4.0 30W.
Berikut adalah harga jualan bagi peranti ini:

MEnariknya, bagi pelanggan yang melakukan pratempahan OPPO Reno4 Pro, anda akan menerima earphone OPPO Enco Q31 TWS serta 1 tahun jaminan perlindungan skrin. Bagi PRatempahan OPPO Reno4 pula, anda akan menerima 1 tahun lanjutan jaminan.