
[KHABAR ANGIN] Peranti Terbaru BlackBerry Bakal Dihasilkan Oleh TCL
Percubaan pertama BlackBerry dalam penghasilan peranti Android nampaknya kurang berjaya. Kurang daripada sejuta unik Blackberry Priv terjual setakat ini dan mereka melaporkan kerugian yang mencecah hampir USD600 juta pada suku pertama 2016. Kegagalan Priv dikatakan adalah kerana harga jualannya yang terlalu tinggi. Belajar daripada kesilapan itu, BlackBerry dikhabarkan akan melancarkan sebuah peranti baru pada harga mampu pada bulan Julai ini. Berita mengenaimnya telah tertiris semalam apabila sekeping gambar telah tersebar secara meluas di Internet.
Menariknya, peranti yang hadir dengan kod STH100-2 ini dihasilkan oleh TCL yang mengeluarkan peranti berjenama Alcatel. STH100-2 dipercayai adalah BlackBerry Hamburg yang menampilkan skrin berukuran 5.0 inci dengan resolusi HD penuh dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 615. Khabar angin memberitahu, BlackBerry Hamburg hanya mempunyai skrin sentuh sepenuhnya tanpa papan kekunci fizikal sepertimana BlackBerry Priv. Kepada peminat tegar BlackBerry yang mahukan senuah peranti mampu milik, nantikanl sahaja kemunculan BlackBerry Hamburg pada bulan hadapan.