Google Mengambil Alih API.ai, Langkah Besar Dalam Meningkatkan Teknologi AI Mereka

1Google telah mengumumkan bahawa mereka kini memiliki API.ai, sebuah syarikat startup yang bertanggungjawab membangun dan menyediakan servis pengecaman suara dan kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) kepada lebih 20 juta pengguna.

Langkah pengambilan itu dilihat merupakan langkah penting bagi Google menambah baik teknologi AI sedia ada yang mereka miliki dalam fungsi Google Assistant dan Google Home. Walaubagaimanapun, Google tidak mendedahkan terma dan pelan mereka berkenaan pengambil alihan tersebut. Dijangkakan semua proses integrasi dan penambah baikan fungsi AI Google akan dirahsiakan.

2Apa yang penting adalah kita sebagai pengguna boleh mengharapkan sistem dan fungsi yang lebih baik dari AI Google pada masa akan datang. Pembantu virtual dan pengecaman suara banyak membantu kita sebagai pengguna, tanpa memegang smartphone kita sudah boleh menghantar arahan kepada peranti, amat mudah.

You might also like