Xiaomi Mi Max, Boleh Dibeli Bermula Hari Ini!

Mi_Max_01Xiaomi Mi Max yang diperkenalkan di China pada bulan Mei 2016 kini telah dijual di pasaran Malaysia bermula hari ini, 3 September 2016. Phablet berskrin 6.44 inci ini dijual pada harga RM 999 oleh pengedar sah mereka Thorus dan juga Lazada, serta ditawarkan melalui telco Celcom dan Yes.

intro_memoryBagi yang belum tahu, Mi Max adalah sebuah phablet pertama keluaran Xiaomi yang menampilkan paparan skrin berukuran 6.44 inci serta menawarkan bateri berkapasti 4850mAh. Bukan itu sahaja, Mi Max yang diperkenalkan di Malaysia adalah variasi Qualcomm Snapdragon 650, dengan pemproses Hexa Core 1.8GHz, paparan grafik Adreno 510 dan memori 32GB ROM serta 3GB RAM.

mimaxDari fungsi multimedia pula, Mi Max menyokong lensa kamera utama 16 Megapiksel bersama laser auto fokus dan LED flash, kamera depan 5 Megapiksel serta teknologi pengecaman cap jari telah menjadi fungsi penting yang perlu ada pada telefon pintar hari ini.

You might also like