Imej Casing Di Dakwa Milik Samsung Galaxy Note20+ Tertiris??

Ada satu lagi berita menarik mengenai Samsung apabila terdapat gambar terdedah dari Ice Universe yang memperlihatkan casing yang di dakwa milik Samsung Galaxy Note 20+.

Menerusi gambar ini, ia memperkukuhkan desas-desus mengenai gambar rekaan peranti ini.

Terdapat 5 lubang pada casing ini yang menempatkan kamera dan 3D ToF sensor dan LED Flash.

Di bahagian bawah casing ini pula memperlihatkan bagi mic, connector, speaker dan S Pen.

Sama ada betul atau tidak, perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

You might also like