UMITRON dengan kerjasama Tokyo Tech dipilih untuk program Demonstrasi Satelit Inovatif JAXA lancarkan satelit dengan misi kumpulkan data lautan untuk akuakultur

103

TOKYO, 26 Jun 2020 /PRNewswire/ — UMITRON K.K. (Presiden: Ken Fujiwara; selanjutnya dirujuk sebagai “UMITRON”) telah dipilih untuk program demonstrasi satelit inovatif Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) dengan kerjasama Tokyo Institute of Technology dan lain-lain. Satu satelit kecil akan dilancarkan pada Tahun Fiskal 2022 dengan misi untuk mengumpul pemerhatian lautan untuk akuakultur. Pemerhatian tahap plankton dan nutrien yang berfrekuensi tinggi dan beresolusi tinggi akan diperoleh untuk menyokong industri akuakultur termasuk penternak ikan, kerang dan alga.

UMITRON PULSE akan menjadi perkhidmatan data satelit lautan baharu untuk akuakultur.
UMITRON PULSE akan menjadi perkhidmatan data satelit lautan baharu untuk akuakultur.

Akuakultur telah menjadi komponen penting dalam sistem pengeluaran makanan global. Dalam masa yang sama, lautan dunia berada dalam keadaan perubahan persekitaran yang pesat lantas mencetuskan sejumlah risiko dan cabaran untuk penternak hari ini. Sebagai contoh, ikan boleh mati dengan mudah oleh ledakan alga manakala pertumbuhan rumpai laut atau kerang boleh dihambat oleh kekurangan nutrien. Bagi mengurangkan risiko ini dan menstabilkan pengeluaran akuakultur, maklumat mengenai persekitaran lautan seperti taburan plankton dan nutrien adalah kritikal untuk industri ini. UMITRON telah bekerjasama dengan sebuah kumpulan penyelidikan yang dipimpin oleh Tokyo Institute of Technology untuk mengumpul data berfrekuensi tinggi dan beresolusi tinggi yang membolehkan pemerhatian dekat dibuat terhadap kawasan pantai yang merupakan kawasan penting untuk operasi akuakultur. Sebagai anggota konsortium penyelidikan UMITRON bertanggungjawab mendemonstrasikan penggunaan data satelit untuk industri akuakultur.

Sebelum projek penyelidikan ini, UMITRON telah mengusahakan perkhidmatan data lautan untuk akuakultur yang dikenali sebagai UMITRON PULSE yang dijadualkan untuk dilancarkan pada awal Julai 2020. Selepas pelancaran UMITRON PULSE, UMITRON akan mengadakan webinar mengenai perkhidmatan ini. Sekiranya anda berminta sila daftar menggunakan borang di bawah.

Borang prapendaftaran UMITRON PULSE https://umitron.com/pulse.html 

Latar Belakang UMITRON

UMITRON ialah sebuah syarikat teknologi mendalam yang berpangkalan di Singapura dan Jepun yang mana matlamatnya adalah untuk menyelesaikan masalah makanan dan alam sekitar seluruh dunia dengan memperkasa akuakultur melalui teknologi. Kami membina platform data yang mesra pengguna untuk akuakultur dengan menggunakan IoT, penderiaan jarak jauh satelit dan kecerdasan buatan (AI). Teknologi kami membantu penternak meningkatkan kecekapan ladang, mengurus risiko alam sekitar dan seterusnya meningkatkan pendapatan perniagaan.

Untuk pertanyaan sila hubungi pulse@umitron.com

Foto – https://photos.prnasia.com/prnh/20200623/2838563-1?lang=0

 

Keywords: Aerospace/Defense Agriculture Computer/Electronics Environmental Products & Services Food/Beverages Internet Technology Contracts Environmental Issues New products/services Future Events

Source: PRNEWSWIRE