iPhone 7s, 7s Plus Dan 8 Akan Hadir Dengan Tiga Pilihan Warna Sahaja

Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa iPhone 8 akan menerima kelewatan berbanding iPhone 7s dan 7s Plus dalam pelancaran kelak. Menurut penganalisa KGI Scurity, Ming-Chi Kuo, dia mendapati Apple akan mengumumkan ketiga-tiga model itu serentak pada bulan September depan malah laporan terbaru daripada pelabur Apple yang Kuo terima juga menguatkan lagi kenyataan ini.

Pada masa sama juga, stok iPhone 8 akan menjadi sangat terhad dengan hanya dua ke empat juta unit sahaja, manakala 7s dan 7s Plus kuantiti yang dikeluarkan adalah seperti biasa atau mungkin lebih banyak lagi. Pengeluaran peranti Apple pada tahun ini dikatakan agak kucar-kacir sedikit disebabkan pembekal-pembekal tidak mampu membekalkan perkakasan mengikut kehendak Apple.

Disamping itu, barisan iPhone juga akan hadir dengan tiga warna iaitu hitam, perak dan warna baru tembaga serta dilitupi dengan panel gelas. Jika rekaan ini benar-benar menjadi rasmi, setiap iPhone pada tahun ini akan dilengkapi dengan fungsi pengecasan tanpa wayar. Oleh itu, anda juga diingatkan untuk sediakan wang yang lebih untuk yang fungsi ‘baru’ ini.

Baca juga : iPhone 8 Akan Dilengkapi Kamera Pintar, Pengecasan Pantas Dan Tanpa Wayar

You might also like