
iPhone 8 Akan Dilengkapi Kamera Pintar, Pengecasan Pantas Dan Tanpa Wayar

Pihak Apple kini sedang membantu pembangun aplikasi bersiap bersedia untuk pengenalan iOS 11 bulan depan. Ini secara tidak sengaja, pembangun telah dapat mengenalpasti beberapa ciri-ciri menarik yang akan diumumkan oleh Apple pada iPhone 8 kelak.

Pembangun yang mahir dalam memprogram perisian, telah terserempak dengan satu data yang merujuk pada ciri yang baru pada iPhone dikenali sebagai Smart Camera. Ciri ini berfungsi dengan menetapkan senario foto terbabit mengikut situasi seperti haiwan, bayi, pergerakan pantas, keadaan persekitaran gelap, pemandangn sunset, termasuklah mencetak dokumen secara automatik.

Nampaknya, pengesan wajah inframerah (Pearl ID) akan digunakan pada Apple Pay, manakala, sistem pengecasan pantas dan tanpa wayar masih belum dapat dilihat di dalam rekod program buat masa ini.

