
Seperti yang kita semua tahu, honor Malaysia telah mula menjual honor 9 Lite pada hari ini bermula pukul 9 pagi eksklusif di Shopee. Lebih mengejutkan, sebanyak 500 unit honor 9 Lite telah habis dijual selepas 5 minit tempahan dibuka.
Kepada pelanggan yang tidak dapat membeli honor 9 Lite pagi tadi, jangan sedih kerana honor Malaysia telah menambah sebanyak 1000 unit lagi honor 9 Lite dan akan mula dijual pada pukul 3 petang ini!
Jangan risau mengenai harga, kerana honor masih menawarkan harga yang sama iaitu RM699 berbanding harga runcit RM749. Jadi tunggu apa lagi, cepat bersedia ya!

