
Melalui artikel sebelum ini, kami ada berkongsi dengan anda mengenai OnePlus 5T Edisi Star Wars yang diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Global.
Kepada yang berminat, kini anda boleh membeli OnePlus 5T Edisi Star Wars dengan harga RM2,799. Ia bukanlah set rasmi Malaysia, sebaliknya adalah set import. Varian yang dijual oleh penjual tempatan di Lazada adalah varian RAM 8GB dan ROM 128GB.
OnePlus 5T Edisi Star Wars menampilkan paparan skrin AMOLED berukuran 6.01 inci, dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 835 serta dioperasikan bersama Android 7.1.1 Nougat. Memandangkan ianya model Edisi Terhad Star Wars, panel belakang terdapat tulisan Star Wars berwarna merah serta model edisi terhad ini hanya ditawarkan dalam warna putih sahaja.

