ZTE Blade V9 Dengan Skrin 18:9 Dan Dwi Kamera Akan Dipasarkan

ZTE sebelum ini pernah mengiklankan ZTE Blade V9 di laman sesawang mereka di Sepanyol. Iklan tersebut kini telah ditarik balik namun spesifikasi dan rekaan sempat dikummpulkan. Apa yang telah ditampilkan oleh syarikat China ini ialah ia sebuah peranti yang mengikut trend semasa dengan menggunakan paparan bernisbah 18:9.

ZTE Blade V9 didatangkan dengan skrin LCD bersaiz 5.7-inci (1080 x 2160p) yang hadir bersama set cip Qualcomm Snapdragon 450 serta RAM sehingga 4GB. Sementara ruangan storan mungkin akan menyokong sehingga 64GB dengan slot kad microSD di samping sokongan dwi-SIM.

Menggunakan kerangka badan aluminium dan gelas di kedua-dua belah panel, peranti ini turut menyediakan padanan dwi kamera 16MP + 5MP f/1.8 di bahagian belakang dan 13 Megapiksel di bahagian kamera depan. Telefon pintar ini bukan sahaja dimuatkan dengan bateri sebesar 3,200mAh malah, sistem operasi dijana oleh Android 8.0 Oreo terus dari kotak.

Setakat ini, harga dan ketersedian ZTE Blade V9 masih belum diumumkan bagaimanapun ia mungkin hadir dengan pilihan warna hitam dan emas.

Sumber

You might also like