

Lenovo Malaysia baru-baru ini mengembangkan lagi pasaran telefon pintar Motorola mereka dengan membuka kedai atas talian di laman e-dagang, Lazada. Stor rasmi ini dibuka untuk memudahkan para pembeli mendapatkan peranti Motorola yang tulen tanpa perlu ke kedai fizikal yang diragui.
Dalam meraikan pembukaan kedai atas talian Motorola di Lazada, Lenovo Malaysia menawarkan peranti Moto G5 Plus pada harga menarik iaitu RM999 (harga asal RM1,299) beserta hadiah bernilai RM647. Hadiah ini merupakan sebuah beg sandang, sarung boleh lipat Moto, jaminan tambahan, dan pelan kerosakan tidak sengaja.
Baca Juga: Rasmi!! Moto G5 Plus Dilancarkan Pada Harga RM1,299

Promosi hebat Moto G5 Plus ini bermula pada 10 pagi 28 Ogos (hari ini) sehingga 11.59 malam 31 Ogos depan
Selain daripada itu, kedai atas talian ini juga menawarkan hadiah percuma seperti Incipio Power Pack Moto Mod (bernilai RM499), kad microSD 16GB, payung, beg, sarung boleh lipat Moto, pelindung skrin, dan jaminan tambahan selama 12 bulan apabila anda membeli telefon pintar Moto Z atau Moto Z Play.
Bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang ini. Dapatkannya dengan harga jauh lebih murah, lebih jimat dan lebih mudah di Lazada.

