Realme U1 Kini Rasmi – Telefon Pintar Swafoto Pertama Sokong MediaTek Helio P70!

1471
- Iklan -

Realme akhirnya mengumumkan model terbaharu mereka, U1 secara rasmi di India. Menawarkan paparan skrin 6.3-inci FHD+ (2340×1080 piksel), telefon pintar ini menggunakan skrin bertakuk kecil sebesar titisan air.

Apa yang lebih mengujakan adalah ianya merupakan telefon pintar pertama di dunia yang dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio P70. Dikuasakan oleh MediaTek Helio P70 Octa Core berkelajuan 2.1GHz, telefon pintar ini menawarkan dua pilihan memori iaitu 32GB + 3GB RAM serta 64GB + 4GB RAM dengan sokongan kad tambahan microSD sehingga 256GB.

Dari segi penggambaran pula, ianya menyokong lensa dwi-kamera 13MP f/2.2 + 2MP f/2.4, sementara kamera swafoto pula hadir dengan sensor 25 Megapiksel dengan teknologi AI serta aperture f/2.0. Spesifikasi lain yang disokong adalah oleh Realme U1 adalah bateri berkapasiti 3500mAh, dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo serta pengimbas cap jari yang terletak di panel belakang .

Menurut laman rasmi Realme India, peranti ini didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Brave Blue, Fiery Gold serta Ambitious Black. Harga yang ditawarkan untuk Realme U1 pula adalah Rs. 11,999 (kira-kira RM716.50).

Hasil gambar swafoto dengan sokongan lensa 25MP + AI

[SUMBER]

Baca juga :