[Desas-Desus] Nokia 6.2 Bakal Hadir Dengan Rekaan Skrin Tanpa Takuk?

Saat ramai yang berasa kecewa dengan berita mengenai penundaan tarikh pelancaran Nokia 9, kini HMD Global membawakan khabar baharu untuk semua peminat setianya di seluruh dunia.

Nokia 9

Kecoh di media sosial selepas tersebarnya sebuah tweet mengatakan bahawa Nokia 6.2 bakal hadir dengan rekaan skrin tanpa takuk.

Memetik tweet tersebut, Nokia 6.2 tidak akan menggunakan skrtin bertakuk sebaliknya ia hadir dengan ‘penyelesaian yang menarik’. Katanya lagi, Nokia 8.1 mungkin akan menjadi produk terakhir yang menggunakan skrin dengan rekaan bertakuk.

Apakah agaknya ‘penyelesaian menarik’ yang akan dibawakan oleh Nokia? Apa pendapat anda mengenai desas-desus ini? Apa-apapun, sama-sama kita tunggu empunya badan sendiri tampil~

[SUMBER]

_________________________________________________________________

Artikel berkaitan:

You might also like