[Tertiris] Gambar Dan Juga Spesifikasi Nokia 9 Mula Didedahkan

Kemas kini!

nokia 9 menyokong dwi kamera swafoto beresolusi 5 megapiksel. lensa pertama menyokong fungsi auto fokus dengan aperture f/2.0, manakala lensa kedua tampil dengan aperture f/2.4.

Jenama Nokia sememangnya tidak lagi perlu diperkenalkan kerana ia boleh dianggap sebagai lagenda yang kini mula membuat kemunculan semula. Setelah sekian lama berita ketirisan Nokia 9 tersebar di Internet, akhirnya rekaan dan juga spesifikasi model flagship tersebut sudah mula didedahkan kepada umum.

Walaupun setakat ini hanya panel depan Nokia 9 sahaja yang berjaya diperolehi, spesifikasi model yang sangat dinanti-nantikan ini telah berjaya didedahkan apabila ia telah kelihatan di FCC (Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan). Berdasarkan kepada maklumat yang dikongsikan itu, Nokia 9 dilihat tampil dengan paparan skrin OLED daripada LG berukuran 5.5 inci dan tidak dapat dipastikan sama ada menampilkan nisbah paparan 18:9 ataupun 16:9.

Selain itu, Nokia 9 juga dipercayai akan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835, ROM sebesar 128GB, kamera utama dwi lensa beresolusi 12 Megapiksel + 13 Megapiksel, kamera swafoto 5 Megapiksel dwi lensa swafoto beresolusi 5 Megapiksel, bateri berkapasiti 3250 mAh dan juga dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo.

Sumber: SlashLeaks

You might also like