

Celcom Axiata Berhad telah mengumumkan kerjasama dengan Uber Malaysia selaku penyedia perkhidmatan pengangkutan digital popular di negara ini. Melalui kerjasama ini, pengguna Celcom pascabayar dan juga prabayar yang turut menggunakan perkhidmatan Uber akan menikmati tawaran menarik untuk tempoh beberapa bulan akan datang.
Bagi pelanggan Celcom yang melanggani pakej perayauan antarabangsa Celcom Passport, mereka akan ditawarkan dengan perkhidmatan Uber secara percuma ke KLIA ataupun KLIA2. Selain itu, pelanggan prabayar juga akan turut ditawarkan dengan perkhidmatan Uber secara percuma ataupun dengan kadar diskaun sebagai sebahagian daripada program kesetiaan.

Bahkan Celcom turut memberikan ganjaran kepada pemandu Uber yang juga merupakan pelanggan talian itu dengan menawarkan pelbagai pilihan peranti terkini, sesuai digunakan dengan rangkaian Lightning Fast LTE serta digabungkan dengan pelan Celcom FIRST dan juga pelbagai faedah tambahan yang lain.

