AirPods, Pengalaman Berhibur Tanpa Wayar

apple-airpodsAirPods merupakan aksesori terbaru yang telah diperkenalkan oleh Apple seiring dengan kemunculan iPhone 7 dan 7 Plus. Ia mungkin kelihatan mirip seperti EarPods, tetapi kini ia tidak lagi memiliki wayar dan tampil dengan sokongan sambungan secara wayarles. Jadi apa kata kita sama-sama melihat sendiri apakah keistimewaan AirPods ini jika dibandingkan dengan aksesori earphone yang lain di pasaran…

CIRI-CIRI APPLE AIRPODS

#1. Tiada Wayar
Tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai jenama dan juga model earphone yang tampil dengan sambungan tanpa wayar. Namun begitu, definisi tanpa wayar pada AirPods adalah bermaksud 100% tanpa wayar dan ini berbeza dengan earphone wayarles yang masih lagi memiliki wayar pendek yang menyambungkan antara earphone sebelah kiri dan juga kanan. Ini bermakna AirPods langsung tidak akan berhadapan dengan isu wayar bersimpul yang sememangnya menjengkelkan.1. Tiada Wayar

#2. Fungsi Play atau Pause Automatik
Sokongan sensor inframerah pada kedua-dua belah AirPods ternyata sangat pintar kerana ia secara automatik akan memainkan muzik apabila AirPods diletakkan di telinga. Bahkan muzik juga akan dihentikan secara automatik sebaik sahaja AirPods dikeluarkan daripada telinga si pemakai. Apa yang pasti fungsi ini pastinya sangat praktikal dan efisien dalam memastikan penggunaan ketika diperlukan sahaja.2. Fungsi Play atau Pause Automatik

#3. Sentuh Dua Kali pada AirPods untuk mengaktifkan Siri
Dengan menyentuh AirPods sebanyak dua kali, sensor Motion Accelerometer akan mengaktifkan Siri dan bersedia untuk menerima arahan suara daripada anda tanpa perlu menggunakan iPhone. Manakala sokongan sensor Voice Accelerometer pula akan diaktifkan untuk mengenal pasti suara anda melalui getaran dan juga sumber dari bunyi yang dihasilkan.3. Sentuh Dua Kali pada AirPods untuk mengaktifkan Siri

#4. Sarung Pengecas Wayarles Kompak
Rekaan pengecas AirPods sememangnya kelihatan sangat menarik kerana ia bukan sahaja kompak, tetapi turut menawarkan fungsi pengecas secara wayarles yang mampu menawarkan lebih daripada 24 jam hayat bateri. Bahkan dengan sekali caj, setiap satu AirPods mampu menyokong masa mendengar muzik mencecah sehingga 5 jam.4. Sarung Pengecas Wayarles Kompak

#5. Proses Sambungan Pintar
Apabila pertama kali hendak disambungkan ke iPhone, anda hanya perlu membuka penutup sarung AirPods dan secara automatik satu tetingkap khas akan dipaparkan pada paparan skrin iPhone. Anda hanya perlu klik sahaja pada butang ‘Connect’ untuk menyambungkan AirPods tersebut. Sokongan cipset Apple W1 pada AirPods juga boleh disambungkan ke mana-mana peranti iOS anda secara automatik bergantung kepada peranti mana yang sedang anda gunakan.5. Proses Sambungan Pintar

  • Harga: USD 159 (kira-kira RM 647)

  • Ketersediaan: Bermula penghujung Oktober 2016


Beats Turut Perkenal 3 Model Terbaru
Selain AirPods, penggunaan cip audio Apple W1 ini juga turut memberi peluang kepada pengeluar aksesori audio popular iaitu Beats untuk memperkenalkan tiga model terbaru di dalam acara Apple Special Event 2016. Ini secara tidak langsung telah memberi satu dimensi baru kepada pemilik iPhone 7 dan juga 7 Plus untuk mendapatkan pengalaman baru ketika berhibur mendengar muzik. Tiga model yang diperkenalkan adalah Beats Solo 3 Wireless, Beats Powerbeats 3 Wireless dan juga Beats X yang menawarkan aspek hiburan tanpa wayar terbaik dengan sokongan cip Apple W1.

Beats Solo 3 Wireless
Beats Solo 3 Wireless
Beats Powerbeats 3 Wireless
Beats Powerbeats 3 Wireless
Beats X
Beats X
You might also like