Acer Liquid Z6 dan Liquid Z6 Plus, Dua Model Kelas Pertengahan Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari

Pada pameran IFA 2016 ini, Acer turut tidak melepaskan peluang melancarkan smartphone terbaru mereka yang diberi nama Liquid Z6 dan Liquid Z6 Plus.

z6
Acer Liquid Z6

Acer menghasilkan model Liquid Z6 khas buat mereka yang kekal produktif di jalanan. Dengan rekaan minimalis, Liquid Z6 dipadankan dengan paparan skrin berukuran 5.0 inci beresolusi 1280×720 piksel, bersama lengkungan skrin 2.5D. Ianya turut diperhebatkan dengan pemproses Quad Core 1.25GHz bersama chipset Mediatek MT6737 serta 8GB ROM, 1GB RAM untuk kelancaran operasi pada smartphone ini. Liquid Z6_gold_02

Dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow, Liquid Z6 menawarkan penggambaran utama 8 Megapiksel, manakala kamera depan pula beresolusi 2 Megapiksel dan bateri berkapasiti 2000mAh. Acer Liquid Z6 akan mula dijual di Eropah pada November 2016 dengan harga jualan €119 (kira-kira RM 544).

z6plus
Acer Liquid Z6 Plus

Menampilkan skrin dan bateri lebih besar, Liquid Z6 Plus pula menawarkan spesifikasi lebih tinggi berbanding model Liquid Z6. Skrin berukuran 5.5 inci dengan resolusi 1920×1080 piksel turut menyokong teknologi pengimbas cap jari. Malah rekaan yang diperbuat daripada logam ini dikuasakan oleh pemproses Quad Core 1.3GHz dengan cipset Mediatek MT6753, 3GB RAM serta memori dalaman lebih besar iaitu 32GB.

Liquid Z6 Plus_02Penggambarannya juga telah dipertingkatkan kepada 13 Megapiksel untuk kamera utama, dan 5 Megapiksel untuk penggambaran selfie. Kehadiran bateri sebesar 4,080mAh boleh digunakan untuk masa yang lebih lama. Acer Liquid Z6 Plus yang dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow akan mula dijual di Eropah pada Disember 2016, dengan harga jualan
€249 (kira-kira RM 1,137).

You might also like