Kabinet Meluluskan Perkhidmatan Perkongsian Kenderaan

1Berita baik buat pemandu Uber dan Grab! Banyak yang telah berlaku akhir-akhir ini dengan perbalahan di antara pemandu dan pengusaha teksi yang merasakan servis seperti Uber beroperasi secara haram dan sekaligus menjejaskan periuk nasi mereka. Kini tidak lagi, kerana kabinet negara baru sahaja bersetuju dengan SPAD dan meluluskan perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab.

Bukan itu sahaja, SPAD juga dilaporkan telah mengemukakan beberapa usul bagi menaik taraf perkhidmatan teksi dalam usaha mereka menghasilkan persaingan yang lebih sihat di antara servis pengangkutan ini, jadi rakyat Malaysia boleh menikmati servis yang lebih baik dan efisien.

SPAD dikhabarkan akan memantau rekod pemandu teksi dan mengeluarkan permit / lesen khas kepada mereka yang mempunyai rekod yang baik dan cemerlang. Buat sementara ini SPAD masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi berkenaan berita ini, namun bercadang untuk melakukan sedemikian sedikit masa lagi.

 

MUAT TURUN:

GRAB

UBER

You might also like