
Jenama peranti pintar terkemuka, HUAWEI baru sahaja melancarkan siri HUAWEI P40 bagi pasaran Malaysia yang mana ia dijual pada harga bermula dari RM2799.
HUAWEI P40
Peranti ini tampil dengan spesifkasi yang sangat berkuasa apabila ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.1” OLED dan tampil dengan EMUI 10.1. Ia tampil dengan pemproses yang berkuasa iaitu Kirin 990 5G dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 128GB.
Hadir dengan 3 kamera bagi kamera utama iaitu 50MP + 8MP + 16MP manakal kamera hadapa pula 32MP + Sensor IR memberikan kualiti gambar yang terbaik.
Dari aspek bateri pula, ia disertakan dengan 3800mAh dan dipadankan dengan Pengecasan pantas 22.5W.
HUAWEI P40 Pro
1 lagi model bagi siri yang berkuasa ini. Hadir dengan skrin bersaiz 6.58 Flex OLED. Kuasa dalaman pula pastinya memukau apabila ia dihadirkan dengan pemproses Kirin 990 5G dan dipadankan dengan storan sebesar 256GB dan RAM sebesar 8GB.
Dari aspek kamera pula, ia tampil dengan 50MP + 40MP + 12MP + ToF bag kamera utama dan 32MP + Sensor IR bagi kamera hadapan buatkan ia sesuai bagi si kaki kamera.
Bateri juga tidak mengecewakan apabila ia tampil dengan 4200mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 40W + pengecasan nirwayar 27W.
HUAWEI P40 Pro+
Ini adalah model yang paling berkuasa dalam barisan siri HUAWEI P40. Tampil dengan skrin yang dengan HUAWEI P40 Pro iaitu 6.58” Flex OLED dengan kadar semula 90Hz memberikan paparan terbaik.
Tampil dengan pemproses yang berkuasa Kirin 990 5g dan dipadankan dengan RAM sebesar 8GB dan storan sebesar 512GB pastinya memberikan pengalaman terbaik kepada anda.
Kamera juga yang paling berkuasa apabila ia disertakan dengan 5 kamera iaitu 50MP + 40MP + 8MP + 8MP + ToF bagi kamera utama dan 32MP + Sensor IR bagi kamera hadapan memberikan kepada anda hasil gambar yang terbaik.
Bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan kapasiti 4200mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 40W + Pengecasan nirwayar 40W.
Harga & Ketersediaan
Pra-tempahan boleh dilakukan bermula 3 April ini sehingga 10 April, dan penghantaran akan dilakukan bermula 11 April.