Acer Pawbo+, Mampu Berinteraksi Dengan Haiwan Peliharaan?!

列印Acer yang telah melancarkan Liquid Z6 dan Liquid Z6 Plus, turut mengambil peluang untuk memperkenalkan peranti pintar baru yang dikenali sebagai Acer Pawbo+. Ia memudahkan pengguna berinteraksi dengan haiwan peliharaan, di mana terdapat sebuah kamera pada Pawbo+ bagi membolehkan anda melihat apakah haiwan peliharaan sedang buat, dan turut bercakap dengannya.

Pawbo+-2Apa yang istimewanya peranti ini, ia dapat berhubung dengan 8 buah peranti dalam satu-satu masa, dan Powbo+ juga berkemampuan membuat rakaman video HD 720p dari sudut 130 darjah. Anda juga boleh terus bercakap dengan haiwan kesayangan pada bila-bila masa serta di mana sahaja. Selain boleh bermain laser dengan haiwan kesayangan, anda juga boleh memberikan makanan dengan hanya menekan butang yang tersedia pada smartphone.

Pawbo+-7Acer menyasarkan peranti ini kepada mereka yang selalu bertugas di luar, dan pada masa yang sama ingin memantau apakah yang sedang dilakukan oleh haiwan peliharaan mereka.

Pawbo+ akan ditawarkan pada November 2016 ini dengan harga USD 169 (kira-kira RM686), selain itu Acer dijangka juga akan menawarkan beberapa aksesori lain di bawah siri Pawbo+ ini.

列印

 

You might also like