Corning Memperkenalkan Gorilla Glass SR+, Khas Untuk Jam Tangan Pintar

Corning Gorilla Glass SR+ 2Corning Gorilla Glass, nama yang tidak asing lagi dalam penawaran skrin untuk peranti mudah alih. Malah, ramai pengguna yang mencari peranti dengan paparan skrin berkenaan disebabkan penawaran yang tahan calar dan kukuh berbanding beberapa skrin yang ada di pasaran hari ini.

Terbaru, Corning turut memperluaskan penawaran mereka untuk paparan skrin jam tangan pintar yang dikenali sebagai Gorilla Glass SR+. Peranti pertama yang menyokong paparan skrin Gorilla Glass SR+ adalah Samsung Gear S3.

Corning Gorilla Glass SR+1Seperti peranti mudah alih, skrin ini menawarkan sokongan tahan calar yang dikatakan 70% lebih tahan impak berbanding skrin kaca pada jam tangan pintar. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan kemudahan untuk membaca skrin pada cahaya cerah ketika berada di bawah cahaya matahari, di samping jangka hayat penggunaan bateri yang lama.

Dengan pengenalan Corning Gorilla Glass SR+ ini, mungkin lebih banyak jam tangan pintar generasi baru yang akan hadir menggunakannya, sekali gus menawarkan ketahanan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Peranti pertama yang menyokong paparan skrin Gorilla Glass SR+ adalah Samsung Gear S3
Peranti pertama yang menyokong paparan skrin Gorilla Glass SR+ adalah Samsung Gear S3
You might also like