
Samsung Gear S3, Tampil Dengan Dua Variasi Berbeza
Pada pameran IFA 2016, Samsung tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan produk baru mereka. Ianya sebuah jam tangan pintar yang diberi nama Samsung Gear S3. Sepertimana Gear S2, Gear S3 menampilkan rekaan premium serta dioperasikan oleh OS Tizen. Pada pameran ini, Samsung menawarkan dua variasi Gear S3 iaitu Gear S3 Frontier dan juga Gear S3 Classic.

Gear S3 Frontier menawarkan rekaan tahan lasak dengan pengiktifan IP68 dan MIL-STD-810G. Selain bergaya, pengguna juga boleh mengakses pelbagai ciri-ciri pintar melaluinya. Manakala Gear S3 Classic pula menawarkan rekaan dengan memfokuskan kepada gaya elegan.

Apa yang menariknya Gear S3 ini, kehadiran rekaan jam tangan yang bulat ini menyokong pengiktirafan IP68, sokongan LTE, speaker dan juga dilengkapi dengan sistem GPS. Malah pengguna juga boleh membuat pembayaran melalui jam tangan pintar ini. Lebih menarik lagi, jam tangan pintar adalah sokongan Corning Gorilla Glass SR+ yang menawarkan ketahanan daripada calar, di samping menawarkan paparan yang lebih jelas. Samsung turut menyediakan teknologi Always On Display pada jam tangan pintar ini.
Dari segi spesifikasi lain pula, ia menampilkan paparan skrin bersaiz 1.3 inci Super AMOLED dengan resolusi 360×360 piksel, pemproses Exynos 7270, dual-core berkelajuan 1.0GHz, memori dalaman 768MB dengan 4GB RAM serta bateri berkapasiti 380mAh yang mampu bertahan selama 3 hingga 4 hari.
https://www.youtube.com/watch?v=ynTB211p1PQ